Sayu hati mengenang betapa kesayangan baginda sultan serta permaisuri telah pergi di usia muda. Betapa kasih sayang yang dipaparkan di media sosial menarik minat aku untuk terus mengikuti cerita mereka. Tangan dan mata melayari blog blog yang menceritakan keperibadian TJ.
Almarhum katanya merasa bersalah kerana telah menyusahkan ahli keluarga serta mereka yang terapat. Namun sakit itu bukan diminta. Datangnya tak diundang. Semua atas kurniaan Allah SWT.
Pemikiran yang sama dengan aku. Terasa bersalah kerana menyusahkan ahli keluarga terutama ayah bonda serta yang terapat dengan kami.
Sedihnyaaa aku baca... Sedih lagi ayahnda dan bonda almarhum yang telah menyayangi anak yang baik itu selama 25 tahun. Muda.. Sangat muda lagi.
Gambar gambar yang dipaparkan di media sosial (kredit kepada blog yang terbabit gambarnya aku tempek) meruntun jiwa. Betapa kasihnya ayah dan bonda membawa ke hujung nyawa. Tiada rasa kesal di hati jika segalanya telah dibuat dengan ikhlas dan redho.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminnnnnn
Moga semangatnya yang aku pinjam akan memberi manfaat pada almarhum.
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.