BFF dulu x pernah dengar pun tiga huruf ni. Dua tiga tahun keblakangan ni baru meluas digunakan. Maksudnya, best fren forever, bersahabat baik selamanya.
Ada ke orang dalam dunia ni yang tak ada BFF?
Rasanya mesti ada satu kalau tak banyak pun.
Sebab yang ni susah nak cari.
Kawan memang ramai.
Tapi sahabat dunia akhirat susah di cari.
Aku amat bersyukur kerana dikurniakan BFF. Sejak dari aku belajar di IPTA 1998 dulu, aku kenal dua orang sahabat ini.
ASIAH dan MULIATI
Sama umur sama tahun lahir, sama grad, sama angka lahir (satu angka), sama masuk kerja, sama bidang kerja, sama sama anak kelahiran Perak, sama beli kereta, sama beli rumah. Cuma tak sama, aku belum kawin mereka berdua dah selamat. Tahun yang sama 2009 dan bulan yang sama. Huhuhu memang kami berjodoh bersama.
Hadirnya mereka dalam hidup aku cukup bermakna.
Saat aku suka duka, susah senang, tawa riang, sangat sedih, tiada semangat, mereka sentiasa ada.
Cuma antara aku dan Yati agak renggang kerana urusan rumah tangga nya yang sibuk serta urusan keluarganya. Anak juga nak masuk empat orang. Jadi agak jarang berjumpa berbanding ASIAH.
Sangat kerap berjumpa. Apatah lagi berwasap dengannya. Mungkin kerana dia tiada rezeki lagi dikurniakan anak. Maka nya dia banyak masa terluang utk aku.
Syukur Allah kurniakan mereka dalam hidup aku. Tanpa mereka, hidup aku mungkin tidak sekuat sekarang.
Syukur Alhamdulillah susah nak cari teman baik berhubung lama ni kan.
ReplyDelete