Di Ramadhan ke 9 tahun 2015 ini, aku masih memanjatkan rasa syukur pada Allah SWT.
Walau bertongkat masih mampu berjalan sendiri tanpa bantuan kerusi roda.
Ok lupakan kisah dua tahun lepas....
Tadi ajak mama ke Pasar Sabak Bernam...
Gatal mulut bertanyakan penjual ikan, di mana ada jual daging lembu segar.
Ditunjukkannya ke satu gerai kosong tiada jualan. Tu kat situ.. Yang ada cangkuk tu...
Aku ke tempat yang dituju, ohhh... Abang penjual daging itu baru datang rupanya. Mengangkut daging lembunya dari kereta kancilnya yang comel.
Terus aku bertanya, daging batang pinang ada tak.
Aku tak kenal mana satu bahagian batang pinang. Dok dengar orang sebut sebut sahaja. Bila sampai rumah, dihiris. Ini rupanya..
Harap harap memang ini daging batang pinang. Bolehlah dibakar untuk buka puasa petang nanti.
Okay semua..
Selamat Berbuka Puasa dan menunaikan ibadah puasa di Bulan Ramadhan 2015 yang mulia ini.
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.