Sesungguhnya raya kali ini paling bermakna dalam hidup kami sekeluarga besar. Persengketaan keluarga yang berlaku berpuluh tahun lenyap dengan satu kunjungan.
Mereka berpelukan dan bertangisan penuh emosi bercampur baur antara sedih, terharu, belas, dan meluputkan dendam, amarah serta rasa ego di hati masing masing. Dan kami yang menyaksikan drama hidup ini berjuraian air mata. Syukur Ya Allah. Menangis tanda syukur dan masing masing menarik nafas lega. Udara yang dihirup selepas ini penuh dengan kesyukuran. Maka bertambah lagi ahli keluarga kami.
Alangkah... Alangkah bangganya arwah atuk jika dia masih hidup kalau dia menyaksikan peristiwa di Satu Syawal yang mulia kelmarin. Di mana anak anak menantunya dapat bergabung semula. Tapi aku rasa pahala yang dibuat oleh semua anak cucunya sampai padanya. Aminnnnnn. Insyaallah.
Dan di satu bahagian lain pula satu lagi persaudaraan yang lama renggang juga telah bertaut di Syawal yang kedua semalam. Moga ianya berlanjutan dan bukan hanya manis di bibir seperti janji janjinya yang terdahulu.
Dan aku pulang ke kl dengan hati yang berbunga besar dan tersenyum puas dengan apa yang telah diaturkan Allah SWT. Syukur yaAllah.
Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeleteIni membuatkan Aidilfitri lebih istimewa.
Betul tu Diana... Sangat istimewa... Moga semua dapat merasainya... Aminnn
Delete