Thursday, 24 October 2013

Terima kasih teman teman

Tujuan aku berblog akhirnya tercapai. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu insan yang memerlukan maklumat dan pengalaman yang telah aku harungi terutama berkaitan pembedahan tulang belakang. Seperti mana aku giat mencari info dan data di internet, seperti itu juga harapan aku kepada orang yang mungkin memcari cari dan terbaca blog aku. 

Secara tak langsung juga blog ini telah menemukan aku dengan insan insan yang senasib dengan aku. Mereka memahami dan kami saling memberi semangat antara satu sama lain. Ketika hati dan perasaan takut muncul, hanya kami yang mengalami yang memahami. Aku tak percaya orang orang yang biasa biasa dan sihat mampu menyelami hati dan perasaan kami.

Jika ada pun secebis simpati yang lahir hanya dimulut. Jika ada dikalangan mereka atau ahli keluarga mereka yang mengalami sakit seperti ini, barulah mereka memahami sedikit, apakah penanggungan kami. Itu semua tidak melemahkan semangat kami. Masih ada Allah SWT tempat kami bergantung, tempat kami mengadu dan tempat kami memohon doa agar disembuhkan dari penyakit kami.

Aku puas dengan kehidupan aku sekarang. Cukup puas hati. Abang aku pernah tanya aku pada suatu hari dulu.....
"Berapa % adik bahagia dan happy dengan hidup adik dekarang?"
Jawapan aku....
90%... 90% aku bahagia dan puas hati dengan kehidupan aku sekarang....

Anda bagaimana pula?????




3 comments:

  1. ye kak hanya org2 yg sakit akn faham perasaan org yg sakit,,
    sebab perjuangan orang yang sakit berbeza dengan org2 yg sihat,,
    kawan ketawa sng dicari kawan menangis sush jumpa..
    sya pun pnh dihina dgn org2 yg sihat,,(kawan saya sendiri tu)
    sedih x?
    depn baik..belkang longkang..huhu..
    ape pun kak kita kena teruskn perjuangn ini,,
    selagi nyawa di kandung badan,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer... Tul gak tu. Perjuangan lain. Apatah lagi pemikiran. Kita memang berbeza dari mereka kan. Kita pun tak harapkan simpati. Cuma kefahaman dari mereka. Contoh kalau kita sakit dan tak datang kerja. Mesti ada mulut yang mengata. Sebab derang tak rasa. Ingat org mcm kita sengaja nak ponteng kerja.....

      Delete
  2. betul tu kak..
    kadg saya heran dgn sesama manusia ni..
    apa yang dia org cari pun x tau lah,,
    kdg mengata sesamam manusia macam cnfm yang dia org tu akn sihat selamnya..mcm x akan kena sakit..
    padahal hirup udara yang sama
    makan benda yg sama..
    so patutnya mereka insaf,,

    ReplyDelete

Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.