Katil aku diparking seperti sebelum operation, dan palang2 dinaikkan.
Dengan aku ada morphin untuk mengurangkan kesakitan. Yang perlu aku tekan sahaja untuk mengurangi kesakitan itu...
Setelah itu, datang kumpulan pakar bius menanyakan tahap kesakitan aku.
Aku kata "tiada sakit".
Dia keluarkan skala 1-20 dan tanya skala sakit aku dimana....
" kosong (0)"... Memang aku tidak merasa sebarang kesakitan ketika ini...
Cuma pening dan kebas- kebas di pinggang dan punggung... Itu jer
Pasukan itu beredar meninggalkan aku. Dengan tube darah kotor di kedua kiri dan kanan katil, tiub air kecil dan morphin yang bermesin...
Mama menghampiri aku dan mencium aku. Dengan aku menolak mengatakan aku muntah tadi...
Bertaut kembali kasih sayang ini. Ingatkan aku telah pergi....
Syukur ya Allahhhhh....
Malam itu aku tidur ditemani mama dan Dewi... Bertemankan sepi dan rasa yang amat tidak selesa...
Selamat malam semua....
No comments:
Post a Comment
Blog ini adalah luahan rasa dan ilham yang dicetuskan mengikut mood serta rasa hati sendiri tanpa melibatkan mana mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia... Terima kasih atas sokongan semua.