Friday, 9 June 2023

Antara New Zealand dan Switzerland

 Assalamualaikum semua pembaca

Sebelum menjejakkan kaki ke Switzerland banyak blog aku jelajahi untuk mencari maklumat antara New Zealand dan Switzerland yang mana lebih cantik. Lebih menarik. Namun pencarian aku hampa. Tidak banyak fakta yang diceritakan mengenai perbandingan antara dua negara ini. Mungkin kerana kedua-dua negara ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Tidak perlu dibanding-bandingkan. 

 

#demagatravel
Air Terjun Staubach di Lauterbrunnen yang amat cantik

Pengalaman menjejakkan kaki sebanyak dua kali ke bumi KIWI iaitu New Zealand pada tahun 2017 dan 2018 menyaksikan keindahan bumi negara itu yang indah dan terbawa-bawa ke mimpi. Nyaris nak pergi lagi sekali tapi sebab dah pergi 2 kali, lebih baik duit tu dibelanjakan ke negara yang belum pernah kita jejaki lagi.

Pada tahun 2020 pakej melancong Eropah 5 negara telah ditempah pada Januari 2020 bagi perjalanan bulan April 2020 iaitu pada musim bunga. Namun wabak covid yang melanda dunia dan Malaysia telah meninggalkan angan2 ku untuk menjejakkan kaki ke negara Eropah terutama Swiss yang terbayang-bayang di fikiran entah bagaimana lah cantiknya negara yang mendapat jolokan serpihan SYURGA yang jatuh ke BUMI. Sejak itu terbayang-bayang entah bila lah rezeki aku untuk sampai ke Swiss.

Rezeki Allah yang telah dijanjikan tak cepat tak lambat. Jika dah tertulis, akan sampai jua bila tiba masanya. Alhamdulillah pada tahun 2023 Allah rezekikan aku dan mama ke 6 negara eropah.


#demagatravel
Warna warni Swiss


Hajat hati pada Disember 2022 aku nak ke Switzerland sahaja. Pergi 1 negara sahaja dalam 14 hari. Siap buat bajet bagai. Nak dok mana naik apa, hotel apa, semua dah study. Alih-alih dalam Januari 2023 mama tanya kita pergi 1 negara tu je ke... Jemmmmm... hahahaha
Habis tu nak ke mana lagi. 

Pergi Paris jauh tak? Mama teringin nak tengok Eiffel Tower... alamak...
Mama teringin nak tengok Taman Tulip Keukenhof kat belanda tu. Jenggggg lagi parah ni.

Berkelam kabut aku menanyakan siapa sudi bawa aku dan mama ke negara-negara tersebut. Dah alang alang ke sana aku pula teringin nak ke London. Bandar impian aku dari muda2 dulu. Tapi sayang tak ada yang sudi bawa kami berdua. Yang duduk menetap di London senyap, yang duduk Paris senyap. Yang dari Malaysia pun tak sudi kerana kami hanya berdua. Jadi aku ambil keputusan pergi sendiri. Kos meningkat dengan nak naik public transport bawa luggage bawa barang bagai. Nak kejar train, flight bagai. Mampukah... aku rasa lebih kepada Mamfusss...

Berbalik pada ayat aku tadi, Allah kalau dah tetapkan itu untuk kita, maka itulah yang terjadi. Dari pelbagai perancangan, dari A sampai Z, selama 4 bulan study, akhirnya Allah pertemukan aku dan mama dengan seorang insan yang entah dari kayangan  mana datangnya menyelamatkan keadaan. Sanggup bawa kami berdua ke 6 negara eropah secara private trip. Hanya aku dan mama. Dia yang bawa. Alhamdulillah. Maka dari Februari 2023 hingga tarikh perjalanan aku dan mama 26 April 2023, itu sahaja masa persiapan yang ada untuk aku dan mama. Tolak 1 bulan Ramadan 2023 serta hari raya, masa sangat suntuk untuk kami berdua.

Dia tidak terkenal. Tidak mempunyai travel agensi yang gah namun terbaik buat kami. Terima kasih Encik Mohd. Mizan Madzlan, sang empunya Demaga Travel yang sudi mengambil kami berdua. Kecekapan memandu di Eropah aku boleh bagi beribu2 bintang, tak pernah salah jalan sedangkan aku kat Malaysia nak pergi Melaka pun sesat. Dah la memandu belah kiri. Tapi pengalaman beliau menetap di London hampir 8 tahun campur tolak menjadikan beliau seorang yang sangat cekap. Aku doakan business travel dia makin maju. Menjadi pilihan golongan macam kami berdua. Sebab bagi aku duit tiada nilai dengan layanan yang dia berikan.

#demagatravel
Servis tiptop, ana kasi 7 bintang

#demagatravel
Boleh hubungi mereka, sangat profesional.

Perjalanan ke 6 negara eropah dengan membawa seorang warga emas dan seorang OKU memang banyak kerenah dan songeh. Namun mereka tetap sabar melayani kami. Terhutang budi kepada mereka yang tanpa mereka tak mungkin impian kami tercapai. Bila ada perasaan empati dan sikap tanggungjawab dalam hati, segala-galanya dipermudahkan Allah. Alhamdulillah. Tak lupa pada 2nd guardian angel dari Demaga Travel, Farid Kacak yang menjaga kami berdua dari mula sampai habis trip. Yang ambil gambar curi2 yang hasilnya superb. MasyaAllah.

Okay lah berbalik kepada tajuk utama aku utarakan tadi, antara NZ dan Swiss mana lebih cantik.

Secara jujur, aku pilih Switzerland. Bukan sebab NZ tak cantik. NZ amat amat cantik. Kalau tidak tak kan sampai 2 kali aku ke sana berturut2 tahun. NZ sangat cantik. Tapi apabila berpeluang menjejaki bumi Swiss, ianya sangat cantik. Lebih cantik dari NZ di setengah-tengah tempat.

#demagatravel
Tasik di Iseltwald di Swiss

Kelebihan Swiss bagi aku bentuk muka bumi yang hijau, biru langit serta rumah-rumah nya di perbukitan yang cantik. Penuh dengan rumah-rumah cantik, lorong, padang rumput yang hijau, serta bunga-bunga kuning yang melata saujana mata memandang. Itu satu kelebihan di Switzerland.

Ini New Zealand, ada banyakkk biri2


Ini tasik di Quuenstown, indah juga bukan

Dari segi tasik, gunung dengan snow cap, unsur alam, air, gunung, hutan, mungkin tiada apa yang beza antara kedua-dua negara hebat ini. sama cantik, sama padan. ewahhhh..




rumah dengan padang rumput hijau dan bunga kuning mungkin kelebihan bumi Swiss


1. Kelebihan New Zealand pula, memandu sama macam Malaysia. Jadi kita lebih senang meneroka bumi nya. tak awkward. Boleh bawa Campervan, caravan, motorhome dan sebagainya tanpa gentar.

2. Matawang NZ lebih murah dari Swiss Franc. Jadinya korang akan teragak-agak nak makan luar, beli cenderahati dan sebagainya. Masa aku tukar April 2023 baru ni 1CHF bersamaan RM5.20. New Zealand pula lebih kurang RM3 bagi 1 Dollar NZ. Beza kan.

Secara umumnya aku rasa amat berdosa jika nak membanding-bandingkan antara dua-dua negara ini. Sebab dua-dua aku sayang. Dua-dua cantik. Cuma jika kalian ada duit lebih, ada rezeki lebih, terus saja ke Swiss dan negara-negara eropah yang berhampiran. Lepas tu kalau ada rezeki lebih, boleh ke New Zealand, lepak 7-8 malam kat sana.

So ini dulu buat kali ni. Lain kali aku bersiaran lagi ya. Semoga memberi sedikit pandangan kepada mereka yang tertanya-tanya antara 2 negara hebat ni.

Sayonaraaaaaaaaaaa





Wednesday, 12 February 2020

ATAN ku

Ini ATAN. Atan adalah kucing gelandangan yang datang ke rumah mama. Mengharapkan semangkuk susu dan makanan (ekceli atan tak suka sangat makan. Atan suka minum susu). Jadinya mama yang tak suka kucing gelandangan di luar ruamh telah jatuh hati dengan Atan. Sebab...

Atan pandai bawa diri
Atan tak berak merata dalam kawasan rumah mama.
Atan tak gesel gesel kaki mama masa mama jirus pokok.
Atan sangat behave.
Jadi kami mula menyayangi Atan dan bagi makan tiap hari serta susu tiap pagi.
Atan juga manja dan sangat adorable. Cuma Atan tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah laaa...
Sorry my dear.




tu nampak tak mangkuk susu n makanan nya. Menunggu mama setiap pagi di depan sliding door tu. Kesian kan. Kalau kami tiada di rumah, menunggu lah dia. Entah berapa lama.

Tahun 2020

Salah sejahtera semua
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat waalfiat hendaknya. Amiin.

Tahun baru 2020 masih berada dalam mood nya lagi. Tahun baru 2020 aku mulai dengan sambutan di Wad HKL dan 1.1.2020 aku menjalani pembedahan buat kali ke empat dalam hidup aku. Pembedahan kali ini yang paling minor dari tiga sebelumnya namun hingga 13 Februari ini lukanya masih belum sembuh dan memerlukan aku pergi 'dressing' tiga atau empat hari sekali.

Semakin berusia semakin aku terfikir garisan penamat hidup ini. Dengan pemergian mengejut Arwah Abam Bocey dua hari yang lalu, membuat aku terfikir. Itu di kalangan artis. Yang kita ketahui perginya mengejut. Bagaimana dengan orang kebanyakan. Mesti saban hari ada sahaja kematian mengejut dalam kalangan masyarakat kita. Dan kita sendiri?

Dan aku telah mengalaminya 13 tahun yang lepas. Bila arwah abah aku meninggalkan kami serta merta tanpa pesan tanpa tanda.

Hmmmmmmm... keluhan panjang yang masih belum memberikan apa apa makna dalam hidup aku. Sedang menuju perubahan yang lebih baik. Sedang mengganti solat yang pernah ku tinggalkan dulu dan juga kini sedang menutup lompong lompong yang ada.

Aku sedang memperbaiki diri bagi menghadapi kematian yang mengejut. Atau kematian yang entah bagaimana Allah takdirkan.
apa pun, Yang bila kita tiada, hanya yang baik-baik sahaja yang keluar dari mulut mereka yang mengenali kita. Hmmm bukankah bila kita tiada semua yang baik2 keluar? Hanya kerana simpati terhadap kita?

Moga Allah permudahkan urusan aku dan juga kalian semua. Amiinn.

Ucapan yang baik baik sahaja

Salam Sejahtera buat semua pembaca blog aku yang sesat ke sini. dekat 3 tahun aku meninggalkan rumah baru aku ni. Masa terlalu pantas meninggalkan kita. Sedar tak sedar dah masuk tahun 2020 dah pun. Dah Februari... Bulan kesayanganku.

Semalam terjumpa seorang rakan yang singgah ke tempat kerja aku. Melihat aku masih bertongkat dia menyapa mesra. Ehh.. belum baik lagi ke?
Aku menjawab yakin.. ehhh tak kan baik sampai bila-bila..

Dia kembali bersuara..
Jangan cakap macam tu.. Cakap lah Insyaallah satu hari nanti siapa tahu akan sembuh katanya..
Dan lepas pamit dia pun berlalu pergi.

Meninggalkan aku yang terus terfikir akan kata-katanya tadi. Hmmmm betul juga. Jika kita negatif apa akan jadi pada badan kita, anggota kita.

Okaylah Insyaallah mulai semalam aku akan kembali positif dengan keadaan kesihatan diri sendiri.

Allahuakbar..

Monday, 4 December 2017

Nangka Madu peninggalan arwah abah

Alhamdulillah. Pokok Nangka madu yang arwah abah tanam berpuluh tahun lepas masih mengeluarkan hasil. Walaupun kecil namun kualitinya tetap unggul. Terima kasih abah. Kerana memikirkan masa depan kami. AlFatihah buat arwah abah.

Monday, 27 March 2017

Instinct.. Naluri

Salam semua pembaca blog...
Selalu dengar perkataan instinct.
Naluri .. Telepati
Contoh yang sering terjadi, bila kita teringat akan seseorang. Tidak berapa lama orang yang kita ingati akan menghubungi kita. Dan kita akan berkata... Ehhhh aku baru teringat kat hang...
Ehhhh minggu sudah saya tersebut nama kamu..

Aku juga begitu
Sering aku teringat akan seseorang, dan orang itu juga akan teringat aku.

Besarnya kuasa Allah kan
Menghubungkan minda dua manusia hanya dengan kuasa tepati.

Teringat pula buku bacaan Tamar Jalis.
Di mana datuknya menghubungi sahabat dari seberang hanya melalui telepati dan kuasa angin untuk menyampaikan berita.
Subhanallah.

Wednesday, 17 August 2016

Cempedak, si buah cempedak

Kali ni try beli sebiji cempedak. Dua kilo sebiji. Tak tahu isi warna apa.

Ini buahnya

Dan tak pernah belajar cara mengenal buah cempedak yang baik. Selalu makan yang arwah abah beli jer.

Jap ek... Cer kita buka apa warna isi dalamnya?



Woww oren... Syukurlah. Cantik buahnya... Hmmmm.. Macam ni lah kehidupan kita juga kan.. Kadang pilihan tepat. Kadang pilihan di luar sangkaan. Tapi siapalah kita untuk menolak takdirNya....

Alhamdulillah.. Mari kita rasa pula apa rasanya.





Wednesday, 22 June 2016

Doakan daku

Di bulan Ramadhan yang mulia ini juga aku nak berkongsi sesuatu dengan semua pembaca. Doakan agar impian aku berjaya. Doakan agar perancangan aku berjaya. Impian aku untuk membuka kedai runcit akhirnya cerah. Pak cik dan mak cik yang sekarang ini mencari rezeki di Kota Damansara sanggup pulang ke kampung. Jadinya aku merancang untuk mereka menjaga kedai runcit. Aku modalkan dan mereka jaga dengan bergaji bulan buat sementara waktu.

Kedai papan. Masih kukuh. Rezeki aku. Asalnya ini kedai arwah opah n atuk. Orang tua abah. Abah yang modalkan kedai ini. Sejak opah tiada, abah juga tiada kedai ini terbiar begitu sahaja. Hanya rumah belakangnya sahaja yang disewakan. Jika tak sewa, reput macam tu je.

Rak kayunya juga masih kukuh. Cuma aku beli plywood dan tampal. Tenaga kerja aku semua sedara terapat. P.cik, m.cik, sepupu dan aku sendiri. Asalnya rumah kedai ini sangat kotor, bersepah hasil pencuri yang memunggah kedai ini. Dengan harapan menjumpai barang berharga. Nanti bila ada aku share di sini. Gambar sebelum.

Ada lebih kurang enam rak yang kayu nya dalam keadaan terbaik. Kukuh. Jadi syukurlah aku tak perlu keluarkan belanja yang banyak. Repair mana yang patut. Kedai dah bersih 90%. Tinggal repair atap zink sikit, buat wayaring baru. Insyaallah settle. Bulan Ogos m.cik aku dah boleh berniaga.

Barang barang ada yang telah aku beli sikit sikit semenjak bulan lepas. Guardian ada sales beli dua percuma satu. Time tu lah aku beli sikit2. 

Moga berjaya hendaknya... Amiinn...



Salam 17 Ramadhan

Rindunya menulis. Dah lama aku tak ke sini. Mencoretkan sesuatu. Kali ini tergerak hati ingin berkongsi langit Ramadhan. Dah masuk Ramadhan ke 18. 




Sekejap je Ramadhan berada dengan kita. Berlalu dengan cepatnya. Meninggalkan kita. Sedangkan entah akan ada Ramadhan tahun depan buat kita? Tak siapa yang tahu. Maka nikmatilah Ramadhan yang ada. Hargai, sayangi, rasai nikmatnya...