Sunday 27 December 2015

Rekod Terbaik...


Rekod parking terbaik sejak tahun 2009. Hahahaha bila keluar kereta gelak sendiri tengok perangai diri sendiri. Giler punya dekat sikitttttt lagi nak cium tiang tu. 


Sikit je lagi Boboy weh... Huhuhu

Okay. Sekian. 




Saturday 26 December 2015

Sebelum resit hilang

The lost world of Tambun
Yeahaaaa...
Nak share resit ni sblum hilang. Nanti kita boleh rujuk. Tiket masuk taman tu untuk dua dewasa seorang kanak kanak. Dan seorang OKU. Terima kasih kerana mmberi diskaun untuk OKU. Dan dapat diskaun lagi jika anda pemegang kad MESRA PETRONAS. 

Tak sempat explore banyak kawasan sebab kesuntukan masa. Masuk jam 10 pagi. Checkout homestay plak jam 1 tghari. Aduhhhh memang tak sempat la nak bercanda... Huhu

Panas terik wehhhh...

Kerana dia si buah hati aku nie kami di sini...

Gunung atau bukit menambahkan kecantikan tempat ini. Hmmmm hijau... Nyaman...


Ku jaga barang jer ....





Wednesday 23 December 2015

Ramlal si Tukang Dobi@dilwale 2015

Opssss... Minta maaf
Fefiling hindi seminggu nie... Bahang Dilwale. Terjebak kerana staff opis ajak beriya tengok movie cerita hindi. Kali kedua dalam hidup. Adoyaiiiii.... Memula saja amik ati staff. Pastu aik.. Aku pulak koya.

Kajol sangat cantik dude.... The making of

Bab sedeh...

Raj dan adiknya 

Dalam hati ada taman


Orang lama bercinta

Huhuhu kisahnyaaaa....


Lagu pun okay.. Best








Sunday 13 December 2015

Jahit Guni?

Viral kisah seseorang yang mempertikai jahitan luka pembedahannya ibarat doktor menjahit guni. MasyaAllah.. Kesian para doktor yang dituduh. Pengalaman tiga kali menjalani pembedahan major membuatkan aku amat menyanjungi dan memahami sedikit sebanyak tanggungjawab serta tugas para doktor. Walaupun ada segelintir yang acuh tak acuh melayan pesakit, kerja apa pun sama. Ada yang bersungguh ada juga yang tak berapa ikhlas. Bukan doktor sahaja. Semua sama...
Cuma sekarang viral atau tidak jer..
Tugas di tempat aku pun ada juga. Semua sama. Silap sikit orang masuk dalam komen di media sosial. Sama jer



Saturday 12 December 2015

Fight Like Jalil

Tunku Laksamana Johor telah pergi meninggalkan kita. Aku xpernah berjumpa dengannya namun entah mengapa kesannya jauhhh di sudut hati aku. Kesedihan yang tak terungkap mengapa.
Sayu hati mengenang betapa kesayangan baginda sultan serta permaisuri telah pergi di usia muda. Betapa kasih sayang yang dipaparkan di media sosial menarik minat aku untuk terus mengikuti cerita mereka. Tangan dan mata melayari blog blog yang menceritakan keperibadian TJ.

Almarhum katanya merasa bersalah kerana telah menyusahkan ahli keluarga serta mereka yang terapat. Namun sakit itu bukan diminta. Datangnya tak diundang. Semua atas kurniaan Allah SWT. 

Pemikiran yang sama dengan aku. Terasa bersalah kerana menyusahkan ahli keluarga terutama ayah bonda serta yang terapat dengan kami.


Sedihnyaaa aku baca... Sedih lagi ayahnda dan bonda almarhum yang telah menyayangi anak yang baik itu selama 25 tahun. Muda.. Sangat muda lagi.

Gambar gambar yang dipaparkan di media sosial (kredit kepada blog yang terbabit gambarnya aku tempek) meruntun jiwa. Betapa kasihnya ayah dan bonda membawa ke hujung nyawa. Tiada rasa kesal di hati jika segalanya telah dibuat dengan ikhlas dan redho.


Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Aminnnnnn

Moga semangatnya yang aku pinjam akan memberi manfaat pada almarhum.