Thursday 27 August 2015

Tambah Koleksi

Hari ni tambah lagi satu matawang yang aku kumpul. Saja je kumpul. Tak banyak pun yang ada dalam simpanan. Kalau ada yang murah hati nak bagi silakan. Hehehe. Kecil tapak tangan nyiru hamba tadahkan. 

Ini matawang Afrika Selatan. Dari Cape Town datangnya. Boss yang baik hati balik dari Cape Town simpankan dua helai untuk aku. Terima kasih boss...


50 Rand... Afrika Selatan

Yang ini paling aku sayang. Dari negara Bhutan.


Duit Bhutan...

Lagi duit dari negara biasa kita dengarlah...
riyal Arab Saudi
Dolar Australia
Lira Turki 
Rupiah Indonesia
Dong Vietnam
Dollar Singapura
Dollar USA
Banyak lagi nak kena tambah weh...


Saturday 8 August 2015

BFF... Sahabat Dunia... Akhirat?

Salam buat semua pembaca...
BFF dulu x pernah dengar pun tiga huruf ni. Dua tiga tahun keblakangan ni baru meluas digunakan. Maksudnya, best fren forever, bersahabat baik selamanya.
Ada ke orang dalam dunia ni yang tak ada BFF?
Rasanya mesti ada satu kalau tak banyak pun.
Sebab yang ni susah nak cari.
Kawan memang ramai.
Tapi sahabat dunia akhirat susah di cari.
Aku amat bersyukur kerana dikurniakan BFF. Sejak dari aku belajar di IPTA 1998 dulu, aku kenal dua orang sahabat ini.
ASIAH dan MULIATI 
Sama umur sama tahun lahir, sama grad, sama angka lahir (satu angka), sama masuk kerja, sama bidang kerja, sama sama anak kelahiran Perak, sama beli kereta, sama beli rumah. Cuma tak sama, aku belum kawin mereka berdua dah selamat. Tahun yang sama 2009 dan bulan yang sama. Huhuhu memang kami berjodoh bersama.
Hadirnya mereka dalam hidup aku cukup bermakna.
Saat aku suka duka, susah senang, tawa riang, sangat sedih, tiada semangat, mereka sentiasa ada.
Cuma antara aku dan Yati agak renggang kerana urusan rumah tangga nya yang sibuk serta urusan keluarganya. Anak juga nak masuk empat orang. Jadi agak jarang berjumpa berbanding ASIAH.
Sangat kerap berjumpa. Apatah lagi berwasap dengannya. Mungkin kerana dia tiada rezeki lagi dikurniakan anak. Maka nya dia banyak masa terluang utk aku.
Syukur Allah kurniakan mereka dalam hidup aku. Tanpa mereka, hidup aku mungkin tidak sekuat sekarang.
Moga kalian akan tetap ada bersama aku selamanya... Hingga akhir hayat. Setakat 17 tahun kami berhubungan kini, segalanya masih kekal harmoni, mewangi dan segar. Sentisaa

Thursday 6 August 2015

Roti bakar

Sarapan dimana




Sarapan dimana? Sarapan di Tapah...
Rumah Rehat Tapah

Info membaca dari akhbar Berita Harian : Famili



Coklat

Erkhhhhh....

Yang ni cute...





Tram yang best...

Kenapa tram tak ada di Kuala Lumpur...
Alangkah indahnya jika di Kuala Lumpur ada tram.
Senang bagi warga OKU dan orang tua untuk naik pengangkutan awam di kota raya.
Tram ni senang.
Tak payah panjat tanggga tinggi.
Tak payah pakai eskulator bagai.
Tak payah bina landasan tinggi tinggi.
Cuma rel di tengah jalan raya.
Kenapa ianya efisen?
Kerana stesennya n perhentiannya betul betul tepi bangunan yang strategik.
Cth di Melbourne...
Perhentian tram hanya dua tiga meter dari bangunan ..
State library, hotel, mall, kedai, muzium, hospital, klinik, universiti, kolej, pejabat..
Jadi mengapa perlu bawa kereta jika ianya terlalu efisyen?
Di kuala lumpur contohnya, aku memang tak kan jejak LRT sejak bergelar OKU ni untuk ke opis. Sebab stesennya jauh, stesennya tinggi, dari hentian ke bangunan bangunan terlalu jauh.
Bukan aku tak bersyukur..
Tapi kenapa tidak dimulakan dulu satu projek seperti ini di Kuala Lumpur contohnya.
Dari tram ke State Library sangat dekat

Lihat jarak laluan tram dengan bangunan

Tiada tangga langsung

Banyak sungguh tram, Waktu menunggu juga singkat.

Bilakah impian aku akan jadi kenyataan? Kuala Lumpur akan ada tram.

Terlalu dekat jaraknya...
Ini dari tingkap Tune Hotel. Siapa rakyat yang mahu bawa kereta jika ada pengangkutan awam sebegini? 

Laluan tram dan jalan raya

Hmmm udahlah. Banyak cakap pun tak guna jugak. Jika pentadbir tak melihat apa yang sesuai untuk rakyat.










Bunga oh bunga

Belanja gambar bunga mama pagi ini...

Wednesday 5 August 2015

Selamat pagi semua...

Masuk arini dah empat ari aku x kerja. Kaki kiri aku sakit dan terpeleot kerana tersepak cadar kat bilik. Bunyinya lawak tapi bila kaki dah weak, semua benda jadi merbahaya pada aku. Mujur tak jatuh jer.

Boleh lagi tolong mama siram pokok bunga. Dah g klinik ari selasa aritu. N dah g urut juga ari selasa. Ingat nak g lagi. 
Cantak pulak keladi mama ni. Ntah apa namanya. Subhanallah. Indah tul ciptaan tuhan kan. Leh plak ada bordernya tiap daun ni. Kaler merah n pink. Cantik bangat....



Mr. Cempedak

Sekarang durian dah jarang nampak di Pekan Sungai Besar. Yang bermaharajalela ialah encik cempedak dan puan cempedak. Rata rata tepi jalan ini yang dijual. Teringin juga nak beli. Tapi makcik aku kata sabar sikit. Cempedak arwah abah tanam sikit lagi nak tua n boleh dipetik. Yahooo... Happy dengarnya sebab tiap tahun memang dia akan mengeluarkan hasil.

Bawah dah lembik tapi atas keras lagi. Tak sabar punya pasal aku dah sembelih dia.


Tadaaaaa.. Sangat manis...
Isinya agak keras lagi. Sesuai untuk digoreng...

Macam nangka pun ada...

Yang empat biji lagi menunggu masa nak masak juga. Berbau satu kereta aku sebab peram dalam kereta. Wink wink wink.






Tuesday 4 August 2015

Kemas nota Turki...

Sedang kemas kemas barang barang terjumpa satu beg penuh dengan bahan study masa nak ke Turki Mei lalu. Huhu tersenyum sorang sorang. Punyalah xcited dan nak tahu tentang apa yang ada i sana sebelum ke Turki. Entah kenapa bagi aku itu negara yang sangat asing bagi aku. Sedangkan ke Melbourne hanya beza tiga jam perjalanan aku langsung tak print apa nota pun. Cuma baca dari blog orang jer. Jadinya bila tengok balik bahan bahan bacaan yang aku print aritu fikiran melayang ke saat saat sebelum ke Turki. Sungguh indah. Hahahahah melancong... Siapa tak happy yer tak? 

Jom layan betapa banyaknya bahan bacaan yang aku kumpul. Siap study bagai lagi. Kalah nak exam. Huhuhu
9 bahan

9 bahan lagi
9 bahan lagi

Dan setiap bahan mungkin ada berhelai helai muka surat. Huhuhu gigih tau.....




Monday 3 August 2015

Queen Victoria Market- Syawal ke 12

okay... seperti yang dijanjikan... aku upload gambar di Pasar Victoria... 
abang aku aim tiram segar yang diperah lemon tu. katanya di hotel lima bintang di KL pun tak sesegar di pasar ini. aku pun rasa gak.. lemak lemak masin plus hanyir skit rasanya. apa pun pasarnya cantik berwarna warni dan bersih sangat... jom layan

ikan pelbagai jenis

kupang

haaaa yang ni abang aku beli. sampai dua tray

pelbagai daging

buah oren

aku beli strawberi dua paket AUD7

menyelerakan tapi x tau halal ke tak

Cadangnya nak ke pasar ni lagi tapi tak sempat pergi dua kali sebab tour.


Syawal ke 11 di bumi Kangaroo

Menginap di Tune Hotel Melbourne menjadikan percutian kali ni lebih menarik. ini kerana kedudukan hoel ini yang amat strategik. 
1. dekat dengan tram (sangat dekat)
2. dekat dengan restoren Norsiah Kichen (dekat sangat)
3. dekat dengan Victoria Market (jauh sikit je)
4. dekat dengan Victoria State Library (jauh sikit)
5. Dekat dengan pasaraya Big W (jauh Sikit)
definisi dekat ni bagi aku yang bertongkat jalan kaki Insyaallah lepas berhenti sekali atau dua kali pasti tiba


bangunan Balai Seni Negara

taman dekat stesen tram. tak berhenti pun. tangkap dari dalam tram

tadaaa.. ni la marketnya. best bangat ke sini. tapi sempat g sekali je

haaaaa ni lagi best, buah buahan segar dari Autralia... huhu

dari State Library berjalan balik hotel. uhhh sungguh nyaman kerana cuaca sejuk bangat

staff Yarra Tram di depan Flinders Street
kali ni cukup dulu pas ni aku upload gambar n harga haiwan laut di Pasar Victoria ok... Insyaallah