Wednesday 25 February 2015

Impianku ingin menerbangkan layang layang

Sejak bergelar OKU kategori fizikal dua tahun ini, antara impian aku ialah ingin menerbangkan layang layang. Gila kah? Entahlah.. Dah itu antara keinginan aku. 

Ku pernah suarakan impian ini pada seorang sahabat. Katanya ko g ke pantai. Ko tak yah lari lah... Angin pantai akan terbangkan layang layang ko dol... Betul ker?

Akhirnya impin ku jadi kenyataan.. Hahahhaha suka benar hati ini melihat layang layang aku terbang di udara.

Itu layang layang aku. Aku pilih dari banyak banyak yang dijual di Pantai Cahaya Bulan. Dalam banyak banyak ini yang menarik hati aku. Lalu aku beli lah. Huuuuuu

Hahahaha lawak kan corak yang aku pilih. Mama tak suka langsung. Tapi aku suka. Hahahah... Nie dia dok tunggu masa nak terbang... Tungguuuuuuuu

Akhirnyaaaaaaa aku berjaya menerbangkan layang layang aku.... Yahooooooooooo

Syukurlah... Ianya terbang sendiri diterbangkan angin pantai yang kuat. Waktu ni pagi pagi. Takut gak tiada angin pagi pagi gini. Sebab biasanya kan orang main layang layang waktu petang. Tapi tak salah mencuba kan..... Terima kasih angin pantai Cahaya Bulan kerana merealisasikan impian aku. Hehehehe

Dia terbang sendiri tanpa aku pegang. Aku telah tindih dia dengan batu besar. Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..........







Saturday 21 February 2015

Pisang Berangan Part 2

Sambungan lagi. Petang ni apa yang dihajat dah terlaksana. Pisang berangan nan setandan yang menopang di tembok dah berjaya diturunkan. Dan di sikat sikat untuk agihan di pejabat dan jiran mama. Juga buat sedara mara yang bertandang esok hari minggu.

Oh yang lupa nak cerita, asalnya benih memang ditanam di belakang rumah mama. Ni dah generasi ketiga kot. Namun masih menghasilkan buah yang besar. Syukurlah. Rezeki dari Allah dan hasil berbudi pada tanah.

Tak sabar nak menunggu ianya berwarna kuning


Aku punya bahagian. Dapat yang paling atas sekali. Hadiah dari mama. Ahaks. Mama kata orang tua tua kata tadah embun. Sebab yang paling atas sekali. Arwah atuk selalu bagi bagi pisang kepada anak anak akan asingkan yang paling atas untuk mama. Nampak tak? Wujud pilih kasih di situ. Huhuhu. 
Al-Fatihah untuk semua arwah yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu. 




Krim vitamin E

Ini krim yang aku beli dalam keadaan darurat. Ketika bermusafir. Tiada pilihan lain dan dengan tujuan asal ada, krim ini telah disyorkan oleh adik adik yang bekerja di farmasi Baiduri, di pusat bandar Kuala Terengganu.
Krim ini katanya boleh melembutkan parut. Aku baru cuba empat hari. Masih belum ada kesan yang dapat dilihat. Masih terlalu awal. 
Kata doktor boleh massage. Camna lah aku nak massage bahagian itu? Jika ada bahagian yang terkeluar benang itu masih terasa sakit. Mama kata sapu sajalah. Jangan ditekan tekan. Jadinya krim ini hanya disapu sepanjang kesan luka pembedahan. Masa akan menentukan. 

Ini harganya. Jika di Guardian mungkin lebih banyak pilihan. Lain kali sajalah ok.

Sekian untuk ini malam. Selamat malam semua. Yangmenyambut raya cina, Xong Xi Fa Cai. 



Pisang Berangan

Pulang ke Munduk Putu Sal hati berbunga riang. Ada hadiah menunggu dengan penuh setianya... Hehhehe

Syukurlah kau bertongkat di tembok wahai buah yang manis. Huhuhu kalo idak sudah tentu kao jatuh ke bumi juak. Hehhehe so sangat syukur sebab dia tau kami memang tak larat nak tebang pokok nya. Takat tebang aku masih mampu. Tapi nak ampu buahnya dari jatuh ke tanah memang aku atau mama tak kan mampu. Ohhhh.. Ini memerlukan tenaga luar biasa. Hheheh

Ini buah masak pokok pastinya sangat manis. Aku selalu sengaja berimaginasi polos dan bodoh. Bagaimana tiap pokok buah contohnya pisang. Banyak jenis pisang tahu dan pandai membuat resepi buah mereka sendiri. Sebab walau di mana mereka di tanam, rasa buahnya tetap sama kan. Subhanallah..... 
Lihat di bawah buah yang masak tu ada kesan di ambil buahnya. Dah tentu tentu bukan tupai atau burung kan...
Dah rasa ngan mama. Seorang sebiji. Memang manisnwalaupun belum masak sangat. Masih keras sikit sikit. Dan untuk memakan buah pisang dulu sekali ngap jer masuk dalam mulut aku. Sekarang dah ada batasnya. Tak boleh nganga luas even untuk sebiji pisang lolos dalam mulut. Kena gigit sikit demi sikitlah jawabnya...

Ada rezeki burung di sebelah bawah....

Jadinya aktiviti petang ni ialah menurunkan pisang dari tembok rumah. Daaaa nanti sambung lagi yar...




Monday 16 February 2015

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Suasana meriah di benteng Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Ramai anak muda memancing ikan di sini. Sepanjang lepak lihat aksi mereka, pat lima ekor ikan berjaya dinaikkan.

Ada juga yang main layang layang...

Aku pun ada beli satu, cuma belum cuba naikkan...




Selamat Pagi...

Entry ini ditulis betul betul di tepian pantai Rantau Abang. Di tepi pantai Perantau Inn, Kuala Abang. Saat ini matahari mulai naik dari depan pantai ini. Sangat cantik.



Chalet kami dari tepi pantai. Kali ini juga dapat chalet yang berbaloi baloi harganya. HanyaRM100 satu malam. Aduhhh dah la dekat giler ngan pantai. Cantik, besar dan selesa. Cuma agak buruk la...

Nanti balik chalet aku sharekan alamat dan contact no nya...




Friday 13 February 2015

Mutiara Karang Beach Resort

Penginapan ini lah yang membawa kami ke pantai yang privacy ini. Hanya RM80.00 untuk satu malam.
Bagi sesiapa yang ingin menginap di chalet ini, boleh hubungi Encik Said di talian, 014-5154014 

Chalet no. 4. Ada dua katil single, bilik air, aircond, cerek elektrik masak air, dua biji mug beserta sudu. Sungguh lengkap dengan harganya yang sangat berbaloi baloi.


Bantal yang sungguh selesa. Huhuhu

Pintu bilik

Kawasan parkir yang sangat luas 

Malam tadi aku mengambil angin pantai yang bertiup sangat kencang sambil mendengar bunyi ombak yang ganas. Sungguhnya laut kala ini amat garang dan ombaknya yang kuat menghempas pantai.










Perjalanan ini...

Sesungguhnya pengembaraan ribuan batu bermula dengan selangkah. Selangkah demi selangkah hingga mencecah ribuan batu dan kilometer. Begitu lah pengembaraan kami bertiga. Aku, mama dan Boboy. Bermula dari meter kosong hingga ke 300km.

Pantai yang sangat privacy. Tidak jauh dari jalan besar Kuantan-Terengganu


Unik dan membawa seribu makna...

Pantai ini hanya untuk aku bermain.. Main air, main kulit siput, main pasir dan main angin dan ombak sepuas hati aku. Hanya kami yang ada di sini.

Pantai untuk kami sahaja tiada orang yang berkongsi dengan kami... Indahnya ciptaaan Mu Ya Rabbi...





Kampung Batu Hitam, Berserah, Kuantan, Pahang

Air kelapa ini berharga RM4.00 sebiji siap kupas korek isi dan diletakkan dalam plastik. Agak mahal jika dibandingkan harga di Kuala Lumpur yang hanya RM3.00 sahaja.



Kampung Batu Hitam atau Black Stone nama glamernya.



Thursday 12 February 2015

Review hari ini

Review hari ini:

Hari ni berjumpa ramai pakar pakar. Walaupun lambat sampai. Pertama berjumpa dengan si cantik serta lemah lembut, Dr. Nur Aizilia Khairudin. Lepas tu dr. Aizilia panggil pakar bedah mulut yang sama sama berada di dewan bedah aritu, Dr. Hanim. Nampak dan bertembung juga dengan Dr. Jonathan serta Dr. Fadhli Reza. so, Antara dapatan hari ini:
- luka dalam mulut hampir 90% sembuh namun masih ada benang yang belum hapus di bahagian dalam mulut
- tegang dan bengkak masih ada lagi dan akan jumpa dr. Lagi dalam masa dua bulan dari sekarang.
- beberapa benang jahitan otot dalam yang terkeluar dikerjakan oleh Dr. Hanim kali ni, ditarik keluar selagi dapat dan dipotong. Sakit? Fuhhhh sakit derrrrr... Benang dah tertanam dalam isi ditarik. Huuuu namun apalah sangat kesakitan ni. Masih boleh bertahan. Jika tak dikeluarkan dan ianya terkeluar sendiri boleh dapat jangkitan lagi sekali seperti yang terjadi dulu.
- implan gigi kiri bahagian geraham tidak disyorkan kerana keadaan rahang yang dibuang tempoh hari tak mengizinkan implan dipasang
- dr. Hanim mencadangkan agar gigi belah kanan yang masih baik dijaga dan di letakkan implan bila dah kukuh dan cukup baik
(Sayangnya aku tak bawa ipad atau hp untuk rakamkan gambar plat yang dipasang di rahang kiri aku untuk dijadikan simpanan)
- bekas jahitan dan pembedahan boleh mula diletakkan krim vitamin E dan boleh diurut perlahan lahan bagi melembutkan otot serta kesan parut yang timbul. Ada sesetengah bahagian yang tebal parutnya.
- sekali lagi, masa jadi faktor menentukan semua kebas dan tegang jadi lebih baik.
- dan sekali lagi diceritakan betapa tumor itu meliputi bahagian yang cukup besar dan terpaksa dibuang hingga kesannya agak lama baru pulih seperti yang aku alami sekarang. Dengan bantuan mandible arca yang diterangkan secara terperinci oleh Dr. Hanim
- teruskan makan mecobalamin 500mg untuk pemulihan saraf. Oleh kerana bekalan dari spine ortopedik masih ada tiada sebarang ubat dibekalkan untuk aku kali ni

Tambahan cuti sakit hingga 18.2.2015 sehingga raya cina lah aku cuti. Insyaallah yang terakhir. Dan akan datang lagi ke Klinik Bedah Mulut pada 13.4.2015 akan datang. Sayonara. Hingga jumpa lagi.
Audious...



Semaikan minat membaca

Bahan bacaan ringan yang disediakan secara percuma di Klinik Bedah Mulut, HKL. Satu usaha murni dalam mengalakkkan pesakit dan keluarga memenuhi masa menunggu dengan membaca.

Hasil pemerhatian aku, berganti ganti pesakit yang memanfaatkan kemudahan percuma ini. Tahniah.


Silalah amalkan tabiat suka membaca di kala anda sedang menunggu di hospital, di stesen pengangkutan awam, hatta di dalam pengangkutan awam sekalipun. Dari duduk menunggu saja saja dan bermain handfhone atau gadjet, apa kata ubah pendekatan dengan membaca.

Banyak manfaatnya. Apatah lagi telah disediakan bahan bacaan dengan percuma, silalah membaca sebagai santapan minda. Pasti banyak manfaatnya...


Wednesday 11 February 2015

Ke HKL lagi...


Hari ini review keadaan mulut lagi. Kali keberapa ya? Nanti lah aku kirakan... Banyak kali dah menunggu di ruangan ini. Hari ni terlewat tiba. Temujanji aku sebenarnya jam 9.30 pagi namun atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, ini lah hasilnya....

Seperti biasa, sabar menunggu dengan ditemani mama. Yang setia menemani aku checkup tiap kali. Tq mama......

Jam 4.45 petang

Perangkap ketam mama mula berhasil. Setelah mendapatkan ikan buntal, hehehehe 
Amboihhhh bila dah mula dapat tiga ekor sekali dapat. Happy nya bila dapat tangkap sendiri ketam. Sambil bercuti sambil beraktiviti. 

So bagi yang nak bercuti ke Lexis PD atau Grand Lexis PD tu sediakanlah perangkap ketam, pancing dan umpan yer. Hotel pun ada sediakan tapi sewa. Per hour. Faham faham je lah yer.

Jom kita layan ketam dari perangkap mama pula.

Tiga ekor sekali masuk. Haaaa yang ini ada ketam bunga yang biru. Macam yang blog Azie Kitchen tunjukkan dalam blognya hujung tahun aritu.

Ketam bunga warna biru

Perangkap mama ada umpan hati ayam. Sedap barangkali. Perangkap aku hanya leher ayam. 

Time ni air dah surut namun masih menenggelami perangkap ketam kami.

Air semakin cetek

Hasil tangkapan hari ini...







Tuesday 10 February 2015

Ketam di idam buntal mendatang

Ini pula hasil tangkapan mama. Hahahah...



Nanti mama boleh lah masak kari buntal ek... Yuckhhhhh... Huhuhu geli plak tekak nie...

Huhuhu air dah makin surut. Cuba sesi malam pula. Sesi siang dapat tiga ekor ketam. Jadi lah...