Thursday 29 January 2015

Demam...

Balik checkup semalam sakit kepala sangat sangat. Lepas solat asar syukurlah hilang sakitnya. Tapi bila tangan nie raba kepala tersentuh satu benjolan kat belakang kepala aku ni. Ditekan sakit sangat. 

Malam selsema dan mula batuk. Bangun pagi dah berubah suara jadi serak. Badan panas dan benjol di kepala masih ada. G bekfest ngan mama. Balik bilik makan panadol. 

Saat ini...

Avillion Port Dickson


Yang paling murah...

Turun jenjalan pun dah jam 6.30pm. Cepat malamnya. Bersantai dengan mama di pangkin menyedut udara pantai...

Pantai di bawah bilik...

Bilik aku di tingkat lima. No bilik 155. Pemandangan best la jugak tak terhalang kecuali ada pokok besar.

Pemandangan dari tingkap bilik di waktu senja. Kiri tu lah pokok besar tu.

Garden view yang menghijau. Pangkin awam. Sapa nak lepak boleh ajer. Bukan orang chalet garden tu punya...


Day bed. Maknanya ada tiga katil. Orang hanya berdua. Sangat selesa nak tengok pemandangan bila lepak kat katil ni.

Siang tadi punya tangkapan gambar. Nyamannya...... X sabar nak pijak pasir pantai yang memutih tu. tapi turun petang tadi pun tak pijak jugak. Huhuhu esok pagi pagi Jumaat lah. Insyaallah...

Makanan diorder. Nasi goreng kampung.

Encik kentang. Hanya RM6 sebakul tu. Makan sorang tak habis punya

Harganya. Berbaloi dari aku nak keluar jalan kaki ke lobi, ambil kereta pergi makan, cari tempat makan lagi, balik hotel, parking, naik bilik. Fuhhhh.. OKU macam aku ini yang paling memudahkan. Dan mama ikut aja. Order sepinggan ni pun tak habis...

Antara organisasi yang bermeeting hari Jumaat ini

Dalam hati dok berangan nak aim chalet atas air pulak. Tapi nak try di Avani Sepang. Boleh?

Baru balik makan. Tak make up pun.. Bedak pun tarak. Pucat macam mayat. Hehehhe..

Encik Merak kayangan yang dah turun dunia. Heheheh. Kat tempat makan dia nak datang. Kena halau, dengan staff kesiannn.. Lari diaaaaaa....















Check up 29.1.2015

Checkup kali ke tiga. Kali ni dengan doktor pertama aku jumpa. Dr. Nur Azilia Khairudin. 
Benang jahitan yang tertinggal di pat lima tempat tu benang jahitan otot dalam. Bukannya jahitan kulit luar. Kalau ditarik buang pasti berdarah. Benang kaler ungu tu akan dibiarkan saja hingga reput dan hilang sendiri. Cuma dia buang yang terkeluar tu jer.

Dan kali ni juga buang jahitan dalam mulut untuk mengelak dari makanan terlekat dan kuman berkumpul di situ. Berdarah juga semasa aktiviti dijalankan. Tapi sakit sikit jer.

Tunggu kejap, Dr. azilia panggil Dr. Shamsul. Boss besar bawah HOD kat Klinik Bedah Mulut HKL. Antara penerangannya yang baru dan yang ulang tayang adalah:
- tumor lebih banyak menyerang tisu daripada tulang rahang
- plat dipasang untuk mengelakkan rahang patah
- mungkin akan dibiarkan atau dibuang semula melalui pembedahan sekali lagi bergantung pada keadaan
- hasil analisis tumor yang dibuang syukurlah bukan kanser. Namun kebarangkalian untuk ia tumbuh lagi akan ada dan berjaga jaga jika ada sebarang kelainan. Ada namanya tapi aku lupa nak tuliskan. Sebab nampak Dr. Shamsul rujuk surat dan kertas dari fail aku
- tumor menjadi kanser juga ada kebarangkalian dan dia hanya tersenyum comel menjawab pertanyaan ku
- bengkak bawah dagu perlukan masa untuk sembuh dan masa penentu segalanya
- perlu datang lagi untuk ulangan pemeriksaan pada 12.2.2015

Dr. Azilia
- untuk gigi geraham yang dibuang tiga batang, boleh buat gigi palsu ataupun implan
- boleh buat di Klinik yang sama
- massage boleh buat ke atas bengkak untuk lembutkannya. Tunggu dua minggu lagi
- sebarang rawatan gigi juga kena tunggu lagi dua minggu
- ubat saraf ditukar dari Vitbion Forte Tablet tu ke Mecobalamin 500mg (tapi oleh kerana spine aku juga  telah dibekalkan ubat yang sama jadi aku tak nak amik dah. Cuma tramadol jer aku minta dari dr.)



Tuesday 27 January 2015

Kisah suatu petang...

Penjual aiskrim sundae yang ceria

Air Milo dan jagung yang murah. Hanya RM1 jer setongkol.

Abang n kakak yang gigih mengusahakan kentang spring...


Ini dia....

Lempeng kelapa yang terakhir...

21 hari selepas...

Hari ni genap tiga minggu pembedahan pembuangan tumor rahang aku. Bengkak bawah dagu masih ada dan masih keras. Pakai tudung kena yang longgar longgar sebab kalau ketat kena bengkak tu. 

Luka dalam mulut Alhamdulillah semakin membaik dan dah bercantum.
Luka luar pun syukurlah bertambah baik kecuali yang terkena infection minggu lepas masih ada yang lembik sikit. Dan ada terjumpa beberapa tempat jahitan benang yang masih tertinggal.

Dah mula makan nasi dan melantak segala macam. Kecuali ikan yang gatal dan makanan laut lah.

Pertuturan bagi orang yang mendengar seperti biasa. Tetapi bagi aku, masih sukar mengawal bibir dan mulut kerana masih kebas. Bibir kiri bawah masih tak terasa dan ada beberapa luka terkena gigi sendiri ketika mengunyah. Kebas masih ada di bahagian dagu kiri bawah dan kawasan yang dibuang tumor.

Sangat tidak selesa dengan bibir dan bengkak bawah dagu yang keras ni. Tidur masih mengiring sebelah kanan saja. Bukan sakit. Tapi tak selesa dengan rasa keras dan kebas itu. 

Selebihnya, syukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan kesembuhan ini pada aku. Yang menghilangkan rasa kesakitan langsung terhadap luka pembedahan dan jahitan luka luar dan dalam sejak lepas bedah hingga ke hari ini. Amin Ya Rabbal Alamin...

Selepas ini aku nak tumpukan pada pemulihan bibir yang senget ni. Bedah plastik, fisio atau apa saja akan aku usahakan. Insyaallah. Malu? Entah.. Entah apa kata rakan rakan di pejabat nanti bila aku masuk kerja ntah. Malas nak fikir reaksi mereka. Hadap jer lah. 

29.1.2015 checkup lagi di HKL. Jumaat sambung cuti. Dan Insyaallah akan masuk pejabat pada 4.2.2015. Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm 
:- Amboihhhh panjang benor hmmmm nya? 

Rindu pula pada suasana Mesyuarat Pengurusan Jabatan yang aku kendalikan saban bulan bersama sama unit aku....

Naik opis ni muka dah berbeza...  Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa








Monday 26 January 2015

Buah buahan

Ini antara makanan wajib aku selepas kuar hospital. Cuba pastikan yang tiap hari pasti ada sumber buah yang dimakan. Sebab satu sayur pun aku tak akan makan. Apple yang merah tu paling aku suka. Selain fuji. Namanya Pink Lady. Manis, rangup dan sedap. Secantik namanya.


Sunday 25 January 2015

Branula... Kali ini...

Masuk hospital kali ke tiga nie urat urat pembuluh darah aku mulai mogok. X jumpa urat lah, darah memancut lah last last nya branula warna biru ni jer yang dapat bertahan kat tangan aku. Yang ni belah kanan pulak lepas belah kiri bengkak. Nurse tiap kali bagi ubat cakap alahai keciknya jarum. Habis nak wat camna. Yang ni jer boleh. Dulu okay jer.

yang Warna hijau tiba tiba satu malam tu tangan kiri aku membengkak sampai gelang raya hospital warna merah tu dah cekang sangat hingga nurse nak gunting buang pun susah. Hijau tu masa kat OT dr masukkan.

Setelah dilepaskan. Huhuhu bengkak surut dalam tempuh empat lima jam. Dah macam belon.


Yang ni plak kes nak bangun g bilik air lupa tutup drip. 

Yang ni pun buat hal jugak. 

Hasil lepas kuar ward

Sumber dari google. Aku amik jer. Kat blog nurse nurse pun banyak gambar ni. Makin besar no, makin kecil jarumnya.

Macam warna biru aku punya tu, tiub plastiknya pendek jer. Berbanding warna hijau. Walau apa pun, pemgalaman ini amat menyeronokkan.





Wad NW11, Hospital Kuala Lumpur

Entri ini khusus buat warga kerja Wad NW11, HKL yang telah aku diami dari 6-14 Januari 2015.
Mohon maaf kerana gambar yang aku ambil hanya untuk tujuan peribadi dan tiada niat apa apa. Benda yang baik kongsi tak apa. Untuk pengetahuan umum. 

Sekalung tahniah dan terima kasih yang tak terhingga atas keperihatinan semua nya dalam menjaga aku. Sampai baik. Yang tolong bagi susu kat aku tiap 4 jam sekali. Periksa tekanan darah, bagi drip, betulkan cadar, tukar cadar, masukkan ubat, tukar drain dan sukat, timbang berat, bagi ubat saban jam dan segala galanya. Hanya Allah SWT yang membalas budi baik korang. Bagi korang tak da hal. Sebab memang dah tugas. Hari hari buat. Tapi bagi kami lain pulak. Terhutang budi.

Kalau ada skala 10, aku beri 9 markah kepada semua kakitangan wad ini. Tiada yang menjengkelkan aku sepanjang aku menghuni di sini. Sekaling tahniah kepada semua jururawat di Wad NW11. Doktor doktor ( walaupun aku bukan anak mereka, sekadar menumpang wad bedah ni jer... Sedih sebab diabaikan kerana mak bapak aku dental....hehehe) namun pemerhatian aku terhadap tanggungjawab mereka kepada semua pesakit tiada tolak banding. Mereka bekerja bukan kerana gaji setiap bulan. Malah lebih dari itu. Tanggungjawab menjaga nyawa dan tahap kesihatan semua pesakit.
NW11, aras 3, HKL
Matron yang baik hati. Juga lupa nama. Seorang wanita Cina kurus yang sangat lembut dan baik hati. Lim ke nama dia? Ntah...
Sister Suzana? Suhana (x sure sorry)
Staff nurse
- Azra Abu Bakar
- Rosmarina
- Liyana
- Faezah
- dan ramai lagi yang aku lupa namanya.. Ohhhh my...
Yang ni slalu aku panggil dan tgk tanda namanya....

Itu Dr. Chan. Nurse di sinun tu aku tak tahu namanya.



Beginilah saban waktu. Jam 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, petang, malam, 11 malam kadangkala juga mereka akan berkumpul dari satu katil ke satu katil. Dan seharusnya katil aku tak akan ada sesiapa datang melawat oleh para doktor. Kerana dah tertulis Oral Surgery. Tanya khabar pun tidak. Maka sudah pasti aku bukan tanggungjawab mereka. Dan mereka berlalu meninggalkan aku terkelip kelip. Huhuhu sungguh sedih. Minta ubat batuk pun nurse tak berani nak bagi. Sebab takut dr dental marah. Jiran jiran aku semuanya batuk. Jadinya aku pun turut berjangkit. Nurse pun batuk. Doktor pun batuk. Jadinya nurse kena tunggu pasukan dental datang baru boleh berikan ubat batuk pada aku. Sabo je lah. Tapi bila patient bawah jagaan mereka, bersungguh sungguh giler mereka menjaga mereka. Tanya sakit apa, suruh buat apa, jangan makan apa dan lain lain nasihat dan pemantauan tiap kali merreka datang.


Ini seorang lagi doktor yang gila dedicated bagi aku. Dalam gelap boleh lagi visit pesakit dan tulis notes. Serabai dah aku tengok doktor ni. Bagai nak gila bekerja. Sedangkan aku. Perghhh goyang kaki atas katil. Lampu pun dah mati time ni. X silap aku dan jam 12 malam namun dia masih ligat ke sana ke mari. Hmmmmmm


Teman setia. Huhu di tepi katil aku aje. Sarung tangan getah, penutup mulut, steril tangan dan wet tissue. Yang mahal tu tulisan NW11. Nurse kat blakang tu sedang suapkan pesakit perempuan yang tak boleh makan sendiri. Nurse tu tengah pregnant. Dengan penuh sabar dan kasih sayang mereka menyuapkan anak itu seperti anak sendiri. Melapikkan dada dengan tisu dan lapkan mulut. Fuhhhhhhh salute giler aku.

Katil aku. Team : oral surgery. 
Selagi derang tak datang bagi arahan kat nurse, terkapai kapai lah aku. Tak der sorang nurse pun yang berani buat lebih lebih tanpa arahan yang tertulis oleh team dental. Huuuu memang anak tiri sungguh. Hehheh sedih la ni konon. Teringat pesan Dr. Julaiha aritu hari sabtu kot. Dia pesan, u jangan kecik ati tengok tak da doktor akan datang kat you. Sedangkan pesakit lain ramai doktor melawat dan tanya khabar. Masa tu aku tak faham. Bila dah pat lima ari baru aku faham... Ooooo itu macam.


Ini rakan rakan yang datang melawat aku. Huhuhu itupun setelah aku rasuah dengan roti. Huuuuuu best bagi makan derang. Bunyi bunyi lagi. Inilah penghibur aku.


Opssss ni tak ble blah. KLCC n menara KL dari tingkap ward. Kondo pun blum tentu ada dapat pemandangan cenggini. Huhuhu... 






Saturday 24 January 2015

Ayam panggang sos Heinz

Semalam pakcik dan makcik serta sepupu sepupu datang mengunjungi rumah mama. Melawat aku. Rabu lepas juga rumah mama dikunjungi sedara mara dan jiran terdekat. Semua datang melawat aku. Menyusahkan orang kan. Hmmmm.. Tapi aku tak minta dilawati. Cukup sekadar doa. Tapi bak kata sahabat aku, kenapa bila mereka masuk hospital ko beriaya iya datang melawat? Erkhhhhhh.... Pantas otakku berputar. Ehhhh aku x pa. g melawat derang. Aku tak da tanggungjawab. Aku x da suami, anak anak dan lain lain. So aku senang bergerak. Derang susah. Dengan anak cucu bagai. Huhuhu kesiannnnnn...

Dipendekkan cerita, hari ini mood masak datang lagi.
Ayam dua belah yang aku perap dari petang semalam. Dengan sos BBQ Heinz. Campur sikit serbuk lada hitam. Dan masukkan dalam peti ais. Bukan bahagian beku tau. Bahagian sejuk biasa. Tak berbau dan ayam tak tak busuk sebab dah diperap. Pagi ni aku kuarkan elok jer.

Tambah kentang, bawang dan tomato, siap. Panggang tiap belah dalam 30 minit sahaja. Guna apa?

Guna ini jer. Buka jenama are ikan pun. Sebab ni aku beli dari makcik aku. Bayar bulanan. Amik je lah. Dua tiga bulan dah jadi barang. Nmpak. Kalau duit entah ke mana aku belanjakan.

Kali ni mama mahukan yang berkuah sikit. Barulah lembut. Jadinya semua sos perapan ayam tadi aku masukkan sekali. Tu yang berkuah sikit. Rasanya? Terbaekkkkkkkk

Cubalah.... Jom makan ayam. (Tanpa nasi)





Friday 23 January 2015

Belajar Bercakap...

 Sepanjang aku berada di ward, aku tidak menerima walau seorang pun tetamu. Kecuali pada hari ke tujuh dan ke lapan aku di ward. Itupun hanya seorang sahabat yang aku percayai sahaja yang mengunjungiku.

Permasalahannya bukan tiada yang datang melawat aku. Permasalahannya, bila rahang kau dibelah, gusi kau ada yang dibuang, rahang dimasukkan besi, bibir yang bengkak serta dagu dan sebahagian muka bengkak, bagaimana kau harus berbicara dengan orang? Adakah mereka akan faham dengan apa yang kau cakap?

Hari pertama hari pembedahan 7.1.2015
Semasa nurse menerima kepulangan aku di ward, tiada sebarang berbualan. Kecuali mereka mereka seperti semut menghurungi gula, menukarkan baju dari dewan bedah ke baju seragam ward. Dan kau dibiarkan berehat seketika.
Kemudian Kau hanya bercakap dengan pasukan pakar bedah, pakar bius yang bertanyakan keadaan setelah pembedahan berjaya dilakukan. Dan kau juga tak ingat apa yang dibualkan. Dan kau hanya akan mengangguk, geleng sahaja.
- jam 11 malam mula bercakap apabila aku memanggil nurse untuk merayu dilepaskan dari katil serta oksigen. Rayuan dibuat agar aku tak dipaksa buang air dalam bekas di atas katil. Jadi Alhamdulilah biji butir percakapan aku difahami dan aku berjaya lepas ke bilik air dengan ditemani nurse.

8.1.2015
Dalam jam 8 pagi lebih sedikit pasukan dental mengunjungi aku dan tiada perbualan panjang juga pada masa ini. Nak ucap terima kasih pun aku tak mampu. Jadinya, komunikasi sehala. Suara aku tersekat. Kerongkong aku sakitbdan pedih. Itu jer yang aku rasa. Luka pembedahan sepanjang bawah dagu membawa ke telinga itu syukurlah tiada rasa sakit. 

Pelat......
Dipendekkan cerita, aku hanya mengetahui aku bercakap macam orang strok bila sahabat itu datang mengunjungi aku. Malu sehhhhh bila aku rasakan lidah aku pelat. Sebutanku tersekat dan perkataanku  sukar difahami.

Tapi ikut sahabat ku itu, dia faham. Cuma sedikit mungkin ada beza.
Bagi dia....

Tapi bagi aku yang menuturkan ayat satu demi satu memang susah. Rasa memang pelat dan orang sukar faham. Aku kena atur bibir, pipi dan lidah agar bergerak tidak nampak kekoknya dan herot. Barulah aku perasan sepanjang aku di ward hanya aku bersuara dengan doktor, nurse dan jiran sebelah katil aku. Seorang wanita cina berumur 70an. Sepatah dua kata saja yang aku tuturkan.


12.1.2015
Kali pertama setelah dibedah turun ke Klinik Bedah Mulut.
Di situ juga aku tanyakan doktor doktor di situ sama ada mereka faham apa yang aku cakap. Syukurlah mereka semua menyatakan bahawa mereka masih memahaminya.

Dan barulah aku tahu bahawa aku boleh memberus gigi dan berkumur. 
Fuhhhhh pada hari kelima kau turun berjumpa doktor dengan mulut berbau longkang, lidah tebal dengan selaput dan lelangit kau juga berselaput, baru diberitahu kau boleh berus gigi dan lidah. Juga berkumur. Adoyaiiiiiii.

Terima kasih doktor yang membersihkan segala macam kotoran dalam mulut aku. Dengan sabar membersihkan dan mencuci luka dalam mulut aku.

Apa yang ku berus????????
Dan esoknya pada hari keenam aku mula memberus entah apa yang kuberus kerana lidah, gigi, bibir dan gusi aku kebas semuanya tak terasa.
Dan cermin hanya ada di luar kamar mandi ward anda. Sekianlah nak bawa cermin bagai masuk ke kamar mandi.

23.1.2015
Hari ini...
Masih agak sukar mengatur rentak pipi, bibir dan lidah dalam komunikasi. 
Eksesais bibir dan pipi kena aku buat selalu. Memuncungkan bibir dan beberapa gerakan bibir dan pipi lagi bagi memastikan urat serta saraf bahagian pipi dan bibir terangsang.

Aku pelat.

Ketawa juga menyakitkan pipi setelah menyaksikan ulangan maharaja lawak mega. Baru aku tahu ketawa meletihkan dan menyakitkan otot pipi. Hari ini memang aku tak mahu menahan ketawa.

Ada yang menegur aku kena strok...
Subhanallah....
Adakah terlalu nampak kesannya?

Biar masa menentukan...

Permandangan yang tak menjemukan bagi aku