Saturday 23 August 2014

Lagu hari ini

Asfan - Maafkan Aku 


Lama sudah ku mencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin rapuh
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku

Tidak terdaya untukku menanggung rindu
Dan tidak terdaya aku melepaskanmu
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Ku lupakan semua dan kembalilah

Maafkanlah aku bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa siapakah diri ini
Bila tiada lagi ku sedari kisah ini terhenti
Cubalah fahami cinta ini memerlukan kau dan aku


Tuesday 19 August 2014

Talam pisang Tanduk???

Pisang tanduk biasa digoreng atau buat pengat jer. Entah apa gilanya,masa kat opis teringat apa akn jadi kalau pisang tanduk dibuat kuih talam ek.....?

Ini dia....

Balik jer opis smlm,pilih pisang tanduk paling kecil n paling msak, letak dlam blender, campur gula n santan kotak sikit, kemudian kisar.

Halus teksturnya bila dikisar.
Pas tu letak tepung gamdum sikit, kukus.
Sementara tunggu bawah masak, lebihan santan aku kacau dengan garam dan sedikit tepung.

Dlm 20 minit bawah dah masak, tuang santan. Dapat nipis jer sebab lengatnya kecil.

Dalam setengah jam, angkat. Dan letak untuk sejukkan bawah tudung saji.

Pagi ni baru potong di opis. Tadaaaaaaaaa

Cerita kita....

Bunga Sakura versi Malaysia ni baru nak banyak berbunga... Tak lama lagi meriahlah dengan bunga nya yang sarat tu.

Cantik betul bunga nya. Teringat nostalgia berulang ke kampung dari Alor Setar dulu dulu. Di tepi highway ditanam bunga ini. Dan time dia berbunga, pemandangannya asyik sekali.

Ya Allah.. Izinkan aku untuk membahagiakan mama sedaya upaya ku.... Aminnnnn

Thursday 7 August 2014

Kembara Hari Raya

Raya ke 5 baru nie kami sekeluarga bergerak dua keta ke utara. Ke Changlun Kedah untuk menghantar sepupu aku ke Kolej Matrikulasi Kedah.

Pergi ikut jln dalam merentasi seberang perak, stiawan, pantai remis dan kuar di tol Changkat Jering masuk ke highway utara selatan.

Seronok g jalan jalan ngan family ramai ramai macam ni. Macam macam kerenah dan yang penting semuanya sekepala dan menjadikan perjalanan selama empat hari tiga malam lancar. Syukur kepada Allah yang menyelamatkan dan melancarkan perjalanan kami.

Sambil sambil tu sempat juga lah ke Padang Besar, Bukit Kayu Hitam dan Wang Kelian. Sempat juga menyambung tali silaturahim yang lama terpisah. Kenangan Raya tahun ni amat indah.

Wednesday 6 August 2014

Laguku hari ini

Mahu ku bersama

Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi

Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Lagu : Jaga Dia Untukku
Artis : Siti Nurhaliza