Thursday 24 October 2013

Selitan... Entri Bali lagi

Hmmmm... Sementara masih ada masa dan waktu, biarlah aku menulis lagi. Kali ini tentang beberapa item yang menarik perhatian seorang aku di Bali. Lain orang mungkin lain tarikannya.

Sate Gulai Kambing
Ini makanan kegemaran aku ketika ke Bali. Walaupun ianya bukan berasal dari Bali, namun ianya amat mudah didapati, murah dan sangattttt sedapppppp.. Aku tak pernah jumpa set makanan seperti ini di Malaysia. Adakah???? Sate kambing dihidangkan dengan nasi panas, bertemankan gulai kambing. Perghhhhh memang sangat lazat. Satenya yang empuk dengan kuah berbeza dari di Malaysia, pekat lemak dan kemanis manisan. Gulai kambing yang empuk dan berlemak. Huuuuuu memang aku boleh makan hari hari tanpa jemu sepanjang berada di Bali.

Gambar kat bawah ni time beli bungkus. Kebetulan gerai jual sate kambing ni bersebelahan jer ngan hotel kami. Apa lagi, dari bilik pun boleh lihat kedainya dan jika buka tingkap boleh hidu bau orang bakar sate. Lapar sokmolah aku...



Pisang Keju
Ini juga mudah didapati di Bali. Uhhhhh sedap gila bagi tekak aku. Huhuhu harganya juga amat murah. Dalm RM2.00 bagi satu paket. Pisang digoreng garing, kemudian ditabur keju dan gula kelapa. Macam gula merah di Malaysia tapi lebih lemak rasanya.


Terima kasih teman teman

Tujuan aku berblog akhirnya tercapai. Sedikit sebanyak ianya dapat membantu insan yang memerlukan maklumat dan pengalaman yang telah aku harungi terutama berkaitan pembedahan tulang belakang. Seperti mana aku giat mencari info dan data di internet, seperti itu juga harapan aku kepada orang yang mungkin memcari cari dan terbaca blog aku. 

Secara tak langsung juga blog ini telah menemukan aku dengan insan insan yang senasib dengan aku. Mereka memahami dan kami saling memberi semangat antara satu sama lain. Ketika hati dan perasaan takut muncul, hanya kami yang mengalami yang memahami. Aku tak percaya orang orang yang biasa biasa dan sihat mampu menyelami hati dan perasaan kami.

Jika ada pun secebis simpati yang lahir hanya dimulut. Jika ada dikalangan mereka atau ahli keluarga mereka yang mengalami sakit seperti ini, barulah mereka memahami sedikit, apakah penanggungan kami. Itu semua tidak melemahkan semangat kami. Masih ada Allah SWT tempat kami bergantung, tempat kami mengadu dan tempat kami memohon doa agar disembuhkan dari penyakit kami.

Aku puas dengan kehidupan aku sekarang. Cukup puas hati. Abang aku pernah tanya aku pada suatu hari dulu.....
"Berapa % adik bahagia dan happy dengan hidup adik dekarang?"
Jawapan aku....
90%... 90% aku bahagia dan puas hati dengan kehidupan aku sekarang....

Anda bagaimana pula?????




Monday 21 October 2013

Berlagu sendu...

Hari semalam dan hari ini bumi di kampung aku dibasahi air hujan. Hujan kurniaan Allah tanpa sesen bayaran pun. Syukur AlHamdulilah... Segar pohon pohon menerima curahan air hujan ini. Akibatnya... Aku dan mama tak payah menjirus pokok lagi. Syukur ya Allahh.

Sejak balik dari checkup yang kedua di Ortopedik HKL aritu perasaan sayu dan sedih mula bertamu. Perasaan yang sukar diluahkan. Entah mengapa. Mungkin hati ini telah mula bersedia untuk kembali menjalani kehidupan asalku?????????? Jenuh ku usir perasaan itu namun ia tetap menghuni hati ini. Kejap ok kejap dia datang. Huhuhuh

Mungkinkah??????????

Mama... Akan aku tinggalkan setelah hampir 3 bulan lebih bersama dia. Memang dosa aku bertambah dan dicatat Malaikat kerana banyak kali bergaduh, meninggi suara, melawan dan bertegang urat dengan mama. Namun disebalik itu semua, ada terhimpun tawa senda antara aku dan mama. Juga antara aku dan abang. Lebih lagi dengan mama kerana dia ada setiap saat dengan aku sejak aku sakit. Huhuhuhuhu  

Aku balik ke kl nanti pandai pandai lah mama jaga diri ok. Si demuk yang aku bela... Sama sama bela badan sampai montel. Hahahahahha.

Aku mungkin akan kembali ke aktiviti asalku di kota metropolitan yang menjadi tempat aku mengais rezeki selama 11 tahun jika keadaan kesihatan mengizinkan. Bulan ini genap 11 tahun aku bekerja. Huuuuuuuuu

Kesedihan ini lain...
Bukan kerana sakit ini
Kesedihan ini bedaaa...
Bukan kerana kaki yang lemah terseret seret...
Kesedihan ini pedih...
Sukar diungkap

Saat melihat barang barang bekas tinggalan aku ketika terlantar tempoh hari, sayunya lain macammm... Lihat seat kereta aku yang masih tersandar ke belakang, memori ini jauhhhhh melayang. Melangkau kehidupan hari ini. Melihat botol botol minyak panas, bekas2 ubat yang banyak, semua ada cerita tiap satu punya kenangan.

Akan aku sambung cerita ini selagi ada hayat untuk berkarya dan selagi ada Izin dariNya.


Kosong dan tenangkan jiwa seperti kosongnya ortopedik ini dari pesakit pesakitnya.....

Thursday 17 October 2013

Temujanji kedua- Klinik Ortopedik, HKL

Aku ke sini lagi. Ditemani mama yang masih setia menunggu dan terus menunggu bersama aku. Ambil nombor, pergi x-ray dan menunggu giliran berjumpa Pakat Bedah Ortopedik, Dr. Nor Azlin Zainal Abidin. Disapa mesra dan bersembang sebentar bersama nurse Ramlah yang peramah dan banyak membantu aku.

Jom tunggu untuk x ray. Syukur. Kali ni sekali jalan jer x ray aku. Terus amik filem dan naik ke tingkat dua untuk ke klinik ortopedik. Senang betul di hkl sekarang bila pusat rawatan dan pakar dicantum dalam satu bangunan. Syukurlah. Dipermudahkan untuk pesakit semua yang sudah sedia sakit. Kalu dulu terpaksa ke bangunan itu dan bangunan ini yang jaraknya boleh tahan jauh antara satu sama lain. Kini aku boleh menarik nafas lega. Jabatan jabatan dipisahkan dengan tingkat demi tingkat dan tekan butang lif kita akan sampai ke destinasi.



Saturday 12 October 2013

Lovina, Bali, Indonesia

Pembaca budiman....

Hari ini aku terasa nak upload gambar di Lovina, Bali pula...
Keindahan alamnya membuatkan aku terasa ingin kembali lagi ke Bali....


Terlalu banyak pantai yang indah di Bali. Tapi kali ini aku nak upload gambar pantai Lovina pula. Next time aku upload gambar pantai lain okeh....


Kebanyakan hotel di Bali memang dihias indah dan penuh dengan unsur unsur alam semulajadi.


Wednesday 9 October 2013

Lovina, Bali

Mata tak bleh tido... Update lgi sikit pasal Bali. Kali ni pasal Pantai Lovina. Macam yang aku cakap dalam entri sebelum ini, harga dari Denpasar ke Lovina sekitar RP450-500ribu. Anda boleh singgah di mana mana tempat menarik sepanjang perjalanan kerana harga itu biasanya telah masuk harga sewa untuk satu hari.


Gambar lelaki atas bot tu sebijik macam Piere Andre. Huhuhu. Bot yang kami naik untuk lihat ikan lumba lumba ada kaki. Terkangkang kakinya yang dibuat dari buluh yang diikat kukuh ke dua sisi badan bot. Memang kukuh dan tak teroleng pun kalau kita naik. 

Masa di Bali memang tiada beza dengan Malaysia. Tapi masa matahari terbit awal. Subuhnya jam 4.30 pagi. Kira kira macam Sabah Sarawak la..

Harga naik bot untuk tengok lumba lumba terpulang pada tawar menawar di tepi pantai dan atas berapa orang yang mahu ikut serta. Harga sekitar RP60ribu per orang. Atau satu bot RP300ribu. Harga ini lebih kurang. Ini yang kami dapat. Mungkin ada yang lebih tinggi dan mungkin ada yang lebih rendah.

Mata dah kuyu... Nanti aku update lagi ya.. Daaaaaaa

Entri lama... Bali oh Bali...

Hmmmm cuti cuti ni aku diberi kelapangan untuk menulis. Syukur Alhamdulilah. Entri ini ditulis mengenai percutian di Bali, Indonesia. Tahun ni juga tapi tak kesempatan nak update dalam blog ini. Bali memang cantik. Bagi yang meminati keindahan dan kesenian alam, datanglah. Anda pasti nak berkunjung lagi ke sini.

Kalu ikutkan Bali ni tak da la luas sangat. Jarak dari satu tempat ke tempat pelancongan yang lain terasa jauh dek kerana beberapa faktor yang mana rata rata bandar di indonesia alami iaitu penduduk yang padat, kenderaan pada di jalan raya dan faktor jalan raya itu sendiri.

Terlalu banyak tempat tempat menarik di Bali yang nak diceritakan satu demi satu. Insyaallah jika berkesempatan akan aku update di blog ini untuk mereka yang nak ke Bali tapi masih ragu ragu.


Gambar di atas aku tangkap semasa mengunjungi daerah pergunungan di selatan Bali. Munduk nama tempat ini. Kami ke munduk melalui Lovina yang terkenal dengan lokasi melihat ikan lumba lumba dan ada beberapa jalan lain yang membolehkan anda sampai ke sini. Yang menarik disini ialah tempat ini berada tinggi dari paras laut. Sejuk, mendamaikan. Alam pula masih belum tercemar lagi dan suasana pergunungan yang memang menambat hati kami.

Masa ni kami menginap di Karang Sari Guest House. Harga amat berpatutan. Hanya 250 ribu rupiah. Kalau convert dengan tukaran wang malaysia pada kadar tukaran RM1.00 duit rupiah 3,400 hanya RM85 untuk semalam.

Bilik nya amat cantik dan selesa. Tidak padan dengan harganya. Oh ya dari denpasar ke lovina harga supir tambah kereta suzuki APV hanya RP450 ribu. Tapi sekarang minyak dah naik di Indonesia. Bukan di Malaysia sahaja. Jadinya harga ini mungkin meningkat lagi.


Memang segar dan damai di Munduk. Bunga tiga bulan memenuhi rata rata pelusuk kampung ini. Kat sini memang tak bleh soping sebab memang tak ada tempat soping. kat denpasar lah tempat kalu nak shopping. Antara tempat sejuk lain di Bali ialah Bedugul, Kintamani dan beberapa tempat lain. Nanti aku ceritakan pasal tempat tempat lain pula ya...

Selamat malam semua. Moga mimpi indah....


Monday 7 October 2013

Masalah foot drop di kaki

Salam sejahtera semuaaaa...
Moga hari ini lebih baik dari semalam....

Ada ramai orang di Dunia ini yang mengalami sakit seperti aku. Mengalami sakit belakang dan disc tergelincir. Bermacam usaha dibuat. Sama ada alternatif mahupun moden. Semuanya bergantung pada kondisi tubuh masing masing. Besarnya keesaan Allah yang menciptakan manusia pelbagai bagai kondisi. Ada yang kuat ada yang lemah dan sebagainya. Begitu juga dengan daya juang mereka untuk melawan sakit ini. Ada yang kuat dan ada yang lemah.

Aku....
Disamping masalah disc yang rosak, pakej aku ialah foot drop. Walaupun pembedahan tu telah dilakukan, namun ianya tidak menyembuhkan foot drop aku. 

Usaha tangga kejayaan

Berusahalah kita di bumi Allah yang indah ini mencari ikhtiar untuk memulihkan foot drop aku. Antara usaha aku setakat ini ialah:
1. Menggunakan khidmat pengamal tradisional/rawatan alternatif

2. Menghubungi syarikat dari USA yang telah menggunakan sistem bagi merangsang saraf di kaki dengan memakai gelang di betis sahaja. Dan di Malaysia masih belum ada. Dari perhubungan ini, jira kita Singapore telah ada sistem ini.

3. Menghubungi pula syarikat di Singapore bagi bertanyakan alat ininnamun hampankerana ianya tidak suit dengan aku.

4. Melayari internet serta lihat video lagi dan lagi bagi mencari kaedah terbaik bagi mengatasi foot drop dan telah berjumpa pelbagai alat yang dipakai di kaki.

5. Call pembekal yang membekalkan lumbar corset aku iaitu TEH LIN PROSTHETIC & ORTHOPAEDIC CO. SDN BHD di Taman Ampang Hilir bagi bertanyakan tentang AFO atau Ankle-foot Orthosis. Dari product specialistnya, Mr. shin Chin Ai, aku tahu bahawa AFO ni kalu ready made berharga RM270 dan yang ditempah khusus berharga RM1,200 sebelum rundingan. 

6. Berdoa pada Allah SWT supaya diringankan sakit ini dan disembuhkan jika ada rezeki aku. :-) Insyaallah...

7. Berkongsi pengalaman dan memberi pengetahuan apa yang aku alami melalui blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan Alhamdulillah perkongsian ini ada manfaatnya... 

Yang tegak tegak macam pocong tu namanya Ankle Foot Ortosis. Huhuhu yang kat kaki tu la sistem dari USA tueeee....



MORE INFORMATION ON FOOT DROP:

The following information on Foot Drop is made available by the National Institutes of Health:

What is Foot Drop?
Foot drop describes the inability to raise the front part of the foot due to weakness or paralysis of the muscles that lift the foot. As a result, individuals with foot drop scuff their toes along the ground or bend their knees to lift their foot higher than usual to avoid the scuffing, which causes what is called a “steppage” gait. Foot drop can be unilateral (affecting one foot) or bilateral (affecting both feet). Foot drop is a symptom of an underlying problem and is either temporary or permanent, depending on the cause. Causes include: neurodegenerative disorders of the brain that cause muscular problems, such as multiple sclerosis, stroke, and cerebral palsy; motor neuron disorders such as polio, some forms of spinal muscular atrophy and amyotrophic lateral sclerosis (commonly known as Lou Gehrig’s disease); injury to the nerve roots, such as in spinal stenosis; peripheral nerve disorders such as Charcot-Marie-Tooth disease or acquired peripheral neuropathy; local compression or damage to the peroneal nerve as it passes across the fibular bone below the knee; and muscle disorders, such as muscular dystrophy or myositis. 

Is there any treatment?
Treatment depends on the specific cause of foot drop. The most common treatment is to support the foot with light-weight leg braces and shoe inserts, called ankle-foot orthotics. Exercise therapy to strengthen the muscles and maintain joint motion also helps to improve gait. Devices that electrically stimulate the peroneal nerve during footfall are appropriate for a small number of individuals with foot drop. In cases with permanent loss of movement, surgery that fuses the foot and ankle joint or that transfers tendons from stronger leg muscles is occasionally performed. 

What is the prognosis?
The prognosis for foot drop depends on the cause. Foot drop caused by trauma or nerve damage usually shows partial or even complete recovery. For progressive neurological disorders, foot drop will be a symptom that is likely to continue as a lifelong disability, but it will not shorten life expectancy. 

What research is being done?
The National Institute of Neurological Disorders and Stroke (NINDS) conducts research related to the neurological conditions that cause foot drop in its laboratories at the National Institutes of Health (NIH), and also supports additional research through grants to major medical institutions across the country. Much of this research focuses on finding better ways to prevent, treat, and ultimately cure the kinds of neurological disorders that cause foot drop.

Thursday 3 October 2013

Cages... Sangkar????

Aku ada dua cages di lumbar spine ku... Apakah cages????



Interbody Fusion with Cages

What is it?
An Interbody Fusion using cages is designed to be a less invasive method to obtain spinal fusion. The procedure can be performed through an anterior or posterior approach.
Why is it done?
The reasons for the operation are to:
· Remove the degenerative disc
· Separate the two vertebral bodies, as they were before the disc degenerated
· Keep them in that position

The Operation
Incision
The disc space is approached through an incision. The muscles are not cut because they run vertically and can be moved to the side. The disc is removed by excising the front portion and removing the disc material back to the spinal canal. This removes the inflammatory proteins within the disc.
Spacers
Temporary spacers are impacted into the empty disc space disctracting and realigning the vertebral bodies into the proper position. This maneuver opens the collapsed foramen (nerve canal) and lifts pressure from the pinched nerve roots.
Reamer and Thread Tap
A hole in the vertebral body is created using a reamer and a thread tap. A threaded titanium cage is packed with bone graft and then screwed tightly into the hole. The threaded cage replaces the distraction plug and maintains the proper position of the vertebral bodies.


Temporary Plug Removed
The other temporary plug is removed and the hole is made ready for the second implant. The other implant packed with bone is inserted.
Incision Closure
The incision is closed and the bone graft will grow through and around the implants, forming a bone bridge that connects the vertebral bodies above and below.


 

Buah Kari

Pokok kari semua orang pernah tengok kan? Tapi buah pokok kari?
Ini dia rupanya buah pokok kari. Dulu masa aku kecik kecik dekat sekolah rendah aku dulu ada sepohon pokok kari yang besar. Berbuah lebat pokok kari tu. Time kecik dulu aku selalu petik buahnya. Member aku makan. Boleh makan buahnya. Rasa daun kari jugaklah. Huhuhu. Buah yang masak warna ungu pekat. Dikopek kulitnya buahnya macam buah anggur.

Buah yang muda... Bergugus cantik.

Buah yang dah besar dan dah masak. Cantik kan...? Inilah buah kari.


Wednesday 2 October 2013

Buah binjai

Dalam perjalanan balik kampung, aku akan melalui satu pokok binjai. Pokok ni terletak di tepi jalan. Berhampiran dengan pusat cuci kereta. Pokok ni kalau berbuah sangat lebat. Lebat sangat... Eh... Sama jer maksud. Hehehehh....

Tapi yang aku perhatikan dah tiga tahun kot pokok ni tak berbunga dan berbuah. Dah lama. Sebab kami kerap balik kampung. Tiap bulan mesti balik. Kalau tak pun tiap minggu. So apa perkembangan pokok ni selalu aku tengok.

Balik raya bulan ogos aritu aku tengok pokoknya dah berbunga lebat. Hingga nampak warna keungu unguan pokoknya dek kerana lebatnya bunga. Tadi time balik, sempat berhenti kejap untuk ambil gambar putik buah binjai. Dah mula keluar putik rupanya. Lebat buahnya nanti. Macam tahun tahun yang lepas lah...

Pokok ni macam pokok mangga. Tapi lain sikit. Layan gambar ini....

Kalau google buah binjai beginilah rupanya...




Perjalanan balik kampung

Dalam perjalanan pulang ke kampung aku akan melalui jalan jalan kampung yang cantik dan mendamaikan.


Sempat jenguk kubur arwah abah. Aku tak turun dari kereta hanya berdoa dari pinggir jalan. Mama turun dan bersihkan apa yang patut di kuburn arwah abah... AlFatihah...


Lepas tu baru balik ke rumah cu. Kampung aku orang bertanam sawit menjadi punca pendapatan utama. Selain sawit, kelapa, pisang menjadi pendapatan utama penduduk kampung. Selain itu ada juga yang ke laut sebagai nelayan.



Okay... Jumpa di entry lain. Ada banyak yang nak aku ceritakan.






Balik kampung

Hari Khamis ni terasa nak balik kampung rumah cu. Semalam nak balik tapi tak jadi. Jadi mama bersetuju untuk balik kampung hari ini. Kebetulan malamnya hujan jadi kami tak perlu jirus pokok. Tanah masih basah. Jadi pagi pagi kami dah bertolak ke kampung. Jarak rumah mama dan rumah adiknya yang ku panggil cu adalah 30km. So perjalanan pergi dan balik sebanyak 60km. Kalau kami tak balik, cu yang akan datang rumah mama. Begitulah sebaliknya. 


Kami bersarapan di ruang santai rumah cu. Bertemankan angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup nyaman. Membuatkan makanan bertambah banyak dimakan. Berteman air teh tarik... Tanpa kami sedari. Hehehhehe. Maafkanlah.

Dihiasi pokok pokok hiasan yang cantik, memang mendamaikan berada di kampung ini.....

Tuesday 1 October 2013

Buah Melinjau Rebus

Tadaaaaaaa siap sudah melinjau rebusku. Agak agak empuk, bubuh garam sedikit untuk rasa lemak. Nak tahu buah sudah masak, ambil sebiji, cuba buka kulitnya dan pecahkan cengkerang buahnya. Jika telah empuk isirongnya, bermakna buah telah masak.


Kulit lembut dibuka menampakkan kulit keras.


Isi buah melinjau yang telah direbus.


Buah yang bewarna hijau kulit dalamnya lembut. Tetapi rasanya agak pahit. Tidak seperti buah yang telah masak. Buahnya lemak dan kulit nya keras. Kena gigit kuat2 baru pecah kulitnya.

Silalah menikmati buah melinjau rebus. Nanti aku google khasiat buah ini ya. 

Salam sayang.....



Proses merebus buah melinjau

Okay pembaca sekalian, ini sedang dalam proses merebus. Tunggu hasilnya nanti ya.... Tunggguuuuu... Aku pun dah lupa apa rasanya. Dah lama tak makan. Ada dua tiga tahun tak jumpa orang menjual buah ni walaupun dalam perjalanan selalu nampak buah ni berjuntaian kat pokoknya. Nak beli segan pula. Tunggulah jika ada rezeki terjumpa buah ni di pasar. Seperti harini.


Buah Melinjau

Ini namanya buah melinjau. Di kalangan orang jawa ianya amat terkenal. Di kampung aku banyak juga pokok ni. Buahnya hijau ketika muda dan merah bila masak.

Buahnya yang masak boleh direbus dan dimakan begitu sahaja. Ketika aku ke medan dulu semasa membeli set nasi padang, dalam kerabu daun singkong (ubi) ada buah ini yang direbus. Enak juga rasanya dimakan bersama kerabu. Tambahan dimakan dengan nasi panas, gulai urat kaki lembu serta paru paru lembu yang dogereng rangup... Aduhhhhhhh enak sekali. Huhuhuhu

Berbalik kepada melinjau ini pula, di Malaysia juga ada jual keropok melinjau. Dibuat dari buah melinjau yang telah ditumbuk leper hingga menjadi emping. Dipanggil emping melinjau atau keropok melinjau yang perlu digoreng terlebih dahulu sebelum anda menikmati keenakkannya. Silalah mencuba. Rasanya pahit pahit lemak. Sedap sekali.

Tunggu ya, tadi mama suh aku temankan dia ke pasar. Mama nak beli tempe, kebetulan parking kereta sebelah makcik jual hasil hasil kampung. Aku turun dan bertanyakan makcik ni mengenai buah melinjau. Ada rezeki aku rupanya. Buah ini tidak dipamerkan atas meja makcik ni. Tu sebab aku bertanya. Rupanya ada orang baru hantar ke gerai makcik ni pagi ini. Jadi aku terus borong semua. Semangkuk besar itu harganya hanya RM2.00.

Tunggu ya, jap lagi aku nak basuh bersih buahnya dan rebus kesemuanya. Besar kecil akan ku rebus semuanya.  Tunguuuuuuu



Pelawat.... Huhuhu

Sudah pun masuk bulan Oktober. Cepatnya masa berlalu. 17 Oktober ni genap 90 hari aku cuti sakit. Entri ni cuma nak bercerita. Di rumah mama, dari bilik aku ni menghadap ke kebun kelapa sawit jiran mama. Di belakang ni juga ada pokok tanaman mama. Asalnya mama tanam sayur. Tapi sekarang dah tanam bunga dan lain lain sementara nak tunggu sayur ditanam lagi.

Sejak aku sakit, dikatil bilik inilah aku menghabiskan masa. Dari mula keluar hospital aku bertapa dibilik ini. Dan yang bestnya burung2 akan singgah dekat dengan tingkap bilik aku. Ada yang datang ke cermin. Mereka makan makan serangga dan belalang. Tapi yang untungnya akulah. Dapat lihat aksi si burung tanpa mereka sedari. Yang rajin datang "melawat" aku ialah burung murai, burung merbah dan burung kenit yang hisap madu tu. Huhuhuhu cantik dan comel.llllllll tatamu tetamu aku ni. Semuanya tak diundang tapi rajin datang menziarahi orang sakit cam aku. Ahaks.... Perasan la pulak. Ada yang sempat aku ambil gambar mereka. Tapi yang selalu tak sempat. Derang dah terbanggg. Huhuhuhu